Pada 2 hingga 4 Oktober 2017, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah menerima Lawatan Kajian International Committee Of The Red Cross (ICRC) yang dianggotai oleh Mr Pierre Barras (Head of Detention Activities and Separated Families), Dr Andres Alberto Vero (Health Delegate), Satwant Singh (Armed Forces Delegate Shuhada Rosdi (Protection Field Officer), Surein Siva (Protection Field Officer) dan Mohd Hisham Ahmad Nazry (Protection Field Officer). Majlis dimulakan dengan Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin , Gemas Negeri Sembilan yang mempengerusikan majlis mesyuarat. Pelawat juga dibawa melawat kawasan keseluruhan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Hospital tentera Darat, Tapak Sajian Makanan ODS dan tapak Agrikultur dan Aquakultur seperti tapak penternakan ikan keli, ladang tenakan ayam kampong dan ladang nanas. Seramai (29) ODS Orang Diselia telah ditemuduga oleh Pegawai International Committee Of The Red Cross (ICRC) dapati baik. Majlis penutupan lawatan Kajian International Committee Of The Red Cross (ICRC) telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner PKK Hafidz Bin Othman Pengarah Penjara Negeri Sembilan.
""