Pada 06 Oktober 2017 , Jam 8.00 pagi telah berlangsung Program Gotong Royong dan Khidmat Bakti Orang di Parol (ODP) bersama Komuniti anjuran Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dengan kerjasama Perbadanan Muzium Negeri Melaka. Program ini disempurnakan bersama oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka, TKP Abdul Aziz bin Mohamad dan Pengurus Besar Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) Y.Bhg Datuk Hj.Khamis bin Abas, bertempat di Muzium DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam) Banda Hilir Melaka. Seramai 50 orang telah menjayakan Program tersebut berserta kakitangan PPPNM dan PERZIM.
""