Pada 18 September 2017 (Selasa), Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Puncak Borneo, Kuching telah mengadakan Majlis Penutupan Konsert Melodi Merdeka 2017. Program ini telah disertai oleh seramai 90 orang penghuni dalam semua acara. Antara acara yang dipertandingkan ialah karaoke, puisi, tarian dan lawak jenaka. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik di kalangan penghuni. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Penguasa Penjara Tajudin bin Tungal serta pagawai dan anggota lain-lain pangkat.
""