Pada 10 Oktober 2017 (Selasa) Unit Latihan PK Kamunting telah mengadakan Kursus Pencegahan Kematian Dalam Tahanan bertempat di Kelab Sukan PK Kamunting. Seramai 18 orang peserta dari pelbagai unit menghadiri kursus berkenaan. Slot simulasi juga turut diberi pendedahan kepada peserta kursus dalam situasi pencegahan gantung diri orang banduan dan juga situasi banduan mencederakan diri. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan gambaran sebenar dan tindakan yang akan diambil apabila berlakunya kejadian luar biasa di dalam penjara kepada kakitangan institusi. Sesi ceramah disampaikan oleh PPP Muhammed Amin bin Yaacob dan dibantu oleh IP Ahmad Shaiful bin Rafie.
""