Pada 12hb Oktober 2017, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan telah menerima lawatan sambil belajar Penguasa Penjara Mohd Azmi bin Ibrahim dan Timbalan Penguasa Penjara Mohammad Omar bin Razali serta (4) Pegawai kanan serta (20) anggota dari Penjara Sungai Buloh,Selangor. Lawatan turut diserikan lagi dengan kehadiran Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah Pegawai Yang Menjaga, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin,Gemas. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat PPP oleh Ketua Inspektor Penjara Mohd Shukri bin Mokhtar serta lawatan ke tapak Agrikultur dan Aquakultur seperti tapak penternakan ikan keli, ladang ternakan ayam kampung dan ladang Nanas.
""