Pada 11 Oktober 2017, Jam 1030 pagi
berlangsungnya Majlis Penyerahan Kuih Muih sempena Hari Deepavali kepada
penghuni yang beragama Hindu di Penjara Reman Pulau Pinang. Seramai 16
orang wakil daripada pelbagai persatuan iaitu Persatuan Hindu Dharma
Pulau Pinang, Persatuan Om Shakti Pulau Pinang, dan Pertubuhan Hare
Krisna Batu Kawan. Majlis diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada PP
Mohd Suhairi bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.
Majlis diteruskan dengan serahan kuih muih daripada ketua rombongan
iaitu Encik Nanda Kumar a/l Velu kepada wakil penghuni.
""