13hb. Oktober 2017 (jumaat) - Bertempat diPantai Batu Buruk, Kuala Terengganu telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kementerian Dalam Negeri 2017 yang dirasmikan oleh YBhg. Dato? Sri Alwi bin Hj. Ibrahim Ketua Setiauasaha Kementerian Dalam Negeri, turut hadir sama dalam majlis ini isteri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri YBhg. Datin Sri Roba' Aishah binti Mohd Ghazali Yang Dipertua PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Hj. Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan SUB Kanan (Pembangunan & Perolehan) KDN, Datuk Zukri Valenteno Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat KDN, Encik Kamalludin bin Hj. Ismail Setiausaha Bahagian Urus Setia Lembaga Parol KDN, Encik Abdul Razak bin Junaidi Setiausaha Bahagian NKRA KDN, PKK Ahmad Saidi bin Hamzah Pengarah Penjara Negeri Terengganu, PKP Mat bin Yaacob Pengarah Pusat Koreksional Dungun Terengganu, Pegawai Kanan KDN, Pegawai Kanan IPPM, Pengerusi PERSIAP Cawangan Negeri Terengganu, Pegawai Kanan Pejabat Pengarah Penjara Terengganu, Pegawai Kanan Penjara Marang Terengganu dan anggota. Turut menjayakan sambutan Hari Sukan Negara adalah Jabatan dibawah Kementerian Dalam Negeri dalam negeri Terengganu. Sambutan dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga setempat disekitar Kuala Terengganu yang turut serta dalam sambutan kali ini.
Program bermula seawal jam 3.30petang dengan perasmian sambutan Hari Sukan Negera 2017 oleh YBhg. Dato? Sri Alwi bin Hj. Ibrahim Ketua Setiauasaha Kementerian Dalam Negeri dan berakhir sekitar jam 6.30petang. Objektif program adalah bertujuan untuk menanam semangat kesukanan disamping menitik berat penjagaan kesihatan tubuh badan serta menjalin hubungan yang erat antara semua anggota dan kakitangan dibawah Kementerian Dalam Negeri serta orang awam.
Lebih 1200 peserta hadir, antara aktiviti sukan yang dijalankan adalah senaman aerobik, pemeriksaan kesihatan. Mengakhiri program sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini ialah pemberian hamper kepada peserta yang bertuah.
"" Program bermula seawal jam 3.30petang dengan perasmian sambutan Hari Sukan Negera 2017 oleh YBhg. Dato? Sri Alwi bin Hj. Ibrahim Ketua Setiauasaha Kementerian Dalam Negeri dan berakhir sekitar jam 6.30petang. Objektif program adalah bertujuan untuk menanam semangat kesukanan disamping menitik berat penjagaan kesihatan tubuh badan serta menjalin hubungan yang erat antara semua anggota dan kakitangan dibawah Kementerian Dalam Negeri serta orang awam.
Lebih 1200 peserta hadir, antara aktiviti sukan yang dijalankan adalah senaman aerobik, pemeriksaan kesihatan. Mengakhiri program sambutan Hari Sukan Negara pada kali ini ialah pemberian hamper kepada peserta yang bertuah.