Pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) ? Institusi Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu yang melibatkan seramai 320 orang penghuni dan 20 orang pegawai. Program dimulakan dengan acara senamrobik dan diikuti pertandingan bola sepak, bola tampar dan bola keranjang antara penghuni zon penempatan banduan. Program tahunan ini dimeriahkan dengan kehadiran PP Mohd Redzualan Bin Yunus, Ketua Seksyen Keselamatan dan Inteligen dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada penghuni tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan seterusnya mendidik penghuni dalam amalan gaya hidup sihat disamping memupuk sikap kerjasama dalam pasukan.
""