Pada 17 Oktober 2017 (Selasa), Penjara Pengkalan Chepa, menerima kunjungan sempena Keberangkatan Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato? Hajjah Noor Hayati Binti Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan ahli rombongan seramai 15 orang. Ahli rombongan disambut oleh PKK Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Negeri Kelantan, PKK Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Pegawai-pegawai Kanan. Turut hadir ialah Pn Noor Ilham bt Othman, Pengerusi PERSIAP Negeri Kelantan, Pn Nor Asmah bt Badul, Pengerusi PERSIAP Cawangan Penjara Pengkalan Chepa. Rombongan Tengku Puan Temenggong dibawa melawat ke Blok Wanita, Bengkel Produk Makanan, Bengkel Batik dan Bengkel Songket.
""