| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo

Pada 14 Oktober 2017 (Sabtu), Sambutan Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo telah bermula seawal jam 6.30 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Kompleks Penjara Puncak Borneo. Majlis telah dirasmikan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir                    PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo dan dihadiri lebih kurang 300 orang yang melibatkan kakitangan Kompleks Penjara Puncak Borneo dan keluarga kakitangan.

Susun atur sambutan dimulakan dengan Senamrobik/Senam Tari yang telah diketuai oleh Kpl Julianawati binti Abd Karim, seterusnya diikuti dengan acara Jom Jalan Sihat, Pertandingan Bola Tampar dan Pertandingan Futsal yang melibatkan seluruh kakitangan serta keluarga yang hadir. Majlis Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2017 Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo diakhiri dengan jamuan makan tengahari. 


""