Pada 12 0ktober 2017 (Khamis) bersamaaan 22 Muharram 1439 bertempat di perkarangan Surau As-Sakinah, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah berlangsung Program Jalinan Kasih Asyura Perdana Cinta Negara Bersama Komuniti Dan Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang yang diraikan bersama oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, YB Senator Cik Sopiah bt Shariff, Ahli Dewan Negara, Dato Hj. Mohd Sani b. Bakar, Pengerusi Seranta UMNO Bahagian Nibong Tebal, Dato' Hj. Mohd Foad b. Hj. Mat Isa, Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri dan PKK Husin b. Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Program yang bermula seawal 8.30 Pagi ini turut disertai oleh Pegawai, Anggota dan Kakitangan, Ahli PERSIAP, serta wakil-wakil komuniti berdekatan seperti Sg. Duri dan Sg. Baong. Program yang diadakan secara bergotong-royong membuat Bubur Asyura ini adalah jalinan kerjasama bersama komuniti dan Penjara adalah bertujuan mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim sesama warga komuniti. Sebanyak (6) kawah telah berjaya disediakan untuk diagihkan kepada warga Komuniti dan Penjara.
""