Pada 14 Oktober 2017 (Sabtu), bertempat di Dataran Setia Penjara Marang, Terengganu telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Penjara Marang, Terengganu bagi tahun 2017. Program bermula pada jam 07.30 pagi dimulai dengan acara senamrobik yang diketuai oleh wakil PERSIAP Penjara Marang melibatkan seramai 120 peserta hadir yang terdiri dari anggota dan kakitangan serta PERSIAP Penjara Marang, Terengganu. Sambutan kali ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Penjara Marang Terengganu, PKK Mohamad bin Ismail.
""