Pada 19 Oktober 2017 (Khamis), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Perayaan Hari Deepavali Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2017 bertempat di Dataran Penjara Kajang. Program yang bermula pada 09.30 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi melibatkan seramai 23 orang penghuni dan 102 ahli keluarga yang hadir bagi menjayakan program ini. Program Jalinan Kasih bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara keluarga dan merasai kemeriahan pesta cahaya bersama keluarga tercinta. Majlis telah dirasmikan oleh PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan diiringi oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh selaku Ketua Seksyen Pemulihan Penjara Kajang serta dihadiri oleh pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
""