Pada 26 Oktober 2017 (Khamis), Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak pada jam 2.30 petang. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Puan Rohana binti Ismawi, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bersama Puan Mastura binti Hanafiah dan Puan Mas Nur Aizzat. PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah mewakili kunjungan tersebut dan turut hadiri oleh PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak bersama beberapa pegawai yang terlibat. Tujuan kunjungan diadakan adalah bagi membincangkan Proses Pelaksanaan Sistem Parol di Jabatan Penjara Malaysia, khususnya Penjara Negeri Sarawak dan mengeratkan silaturrahim diantara dua jabatan.
""