19 Oktober 2016 (Khamis): Penjara Dusun Dato? Murad telah mengadakan program memasak bubur Asyura bagi kakitangan dan juga keluarga bertempat di Surau As-Syifa?. Sebanyak tiga jenis bubur telah dimasak secara bergotong-royong iaitu bubur Asyura Selatan, bubur Asyura Utara dan juga bubur Asyura Pantai Timur. Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara DDM. Pada sebelah malam pula telah diadakan solat sunat Hajat, bacaan Yassin dan tahlil. Semangat kerjasama dan bermuafakat dikalangan kakitangan dan keluarga dapat dilihat sepanjang program tersebut berlangsung.
""