| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2017

Bertempat di Maktab Penjara Malaysia, Kajang telah diadakan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2017 pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Program yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato? Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi turut disertai oleh pelbagai agensi di bawah naungan KDN. Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed dan YB. Dato? Masir Kujat, Ketua Setiausaha KDN Dato? Sri Alwi bin Haji Ibrahim, YBhg. Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Pengarah-pengarah agensi dan warga kerja di bawah naungan KDN.   Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti senamrobik, sepak raga bulatan, sukaneka, pertandingan tarik tali, acara menembak untuk VIP, pertandingan hiasan khemah terbaik serta perbarisan kontijen terbaik di samping cabutan bertuah yang menjadi acara kemuncak pada hari tersebut yang sememangnya dinantikan oleh semua yang hadir. Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama peserta dan ahli keluarga dari pelbagai agensi naungan KDN.


""