Pada 09 November 2017(Khamis) bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bagi Peringkat Negeri Dan Institusi Jabatan Penjara Malaysia Negeri Pulau Pinang Dengan Kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pulau Pinang. Ikrar Bebas Rasuah merupakan satu inisiatif baharu yang telah diperkenalkan oleh pihak SPRM bertujuan untuk memberi penekanan kepada ikrar dan janji kepimpinan organisasi dan warga kerja secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah. Maka dengan itu, Penjara Negeri Pulau Pinang turut mengambil langkah yang sama untuk berikrar dan komited untuk bersama-sama memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan operasi dan pengurusan.
Ucapan perasmian ikrar bebas rasuah ini telah dilaksanakan Oleh PP Shirley Anak Jungot, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara Yang Hadir ialah Y.Bhg Datuk Abd. Aziz bin Aban, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang dan beberapa Pegawai SPRM Lain, Yg. Dihormati TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai Pulau Pinang, PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Timbalan-Timbalan Penjara Negeri Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai Kanan Dan Kakitangan Penjara Negeri Pulau Pinang. Seramai (200) Orang Pegawai Dan Kakitangan Seluruh Institusi Penjara Negeri Pulau Pinang telah hadir bagi menjayakan program ini. Aturcara seterusnya sesi tayangan Montaj Ikrar Bebas Rasuah, sesi taklimat ringkas oleh Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang dan seterusnya simbolik Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah(IBR) oleh Pengarah Institusi disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
"" Ucapan perasmian ikrar bebas rasuah ini telah dilaksanakan Oleh PP Shirley Anak Jungot, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang. Antara Yang Hadir ialah Y.Bhg Datuk Abd. Aziz bin Aban, Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang dan beberapa Pegawai SPRM Lain, Yg. Dihormati TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai Pulau Pinang, PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Timbalan-Timbalan Penjara Negeri Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai Kanan Dan Kakitangan Penjara Negeri Pulau Pinang. Seramai (200) Orang Pegawai Dan Kakitangan Seluruh Institusi Penjara Negeri Pulau Pinang telah hadir bagi menjayakan program ini. Aturcara seterusnya sesi tayangan Montaj Ikrar Bebas Rasuah, sesi taklimat ringkas oleh Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang dan seterusnya simbolik Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah(IBR) oleh Pengarah Institusi disaksikan oleh Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan Pengarah SPRM Negeri Pulau Pinang. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.