Pada 13 November 2017 (Isnin) telah diadakan satu latihan simulasi kebakaran yang dikelolakan oleh Unit Latihan Penjara Sungai Petani dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani. Latihan dimulakan dengan pengenalan kepada alat pemadam api iaitu jenis ?Dry Powder? dan jenis ?Co2?. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan II, En. Azlan dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sungai Petani dengan dihadiri oleh (25) pegawai dan anggota lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani. Latihan diteruskan dengan simulasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api jenis ?Dry Powder? dan jenis ?CO2?. Sebanyak 10 liter petrol dan 10 liter diesel, (2) jentera bomba serta (8) alat pemadam api digunakan dalam latihan simulasi ini dan turut disertai oleh (10) anggota Bomba. Latihan simulasi ?Pengungsian Bangunan? telah diadakan di dalam kawasan Penjara Sungai Petani dengan membunyikan loceng gempar tanpa henti. Selesai Pengungsian Bangunan dijalankan, sesi taklimat ?Post Mortem? disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan II, Encik Shahrim yang menerangkan betapa pentingnya perihal keselamatan sekiranya kejadian sebenar berlaku.
""