Pada 15 November 2017 pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka didalam matlamat untuk mendapatkan lesen perlaksanaan Anugerah Remaja Perdana (ARP) yang dinaungi oleh The Duke of Edinburgh?s International Award Foundatiom (TDoEIAF) yang beribupejabat di London, England telah membuat lawatan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. ARP merupakan suatu projek latihan dan program pembangunan diri jangka panjang dan berterusan kearah mencapai matlamat pembentukan nilai, karakter, ketahanan, keunggulan bakat dan pengembangan potensi diri remaja yang lebih kompeten dan berdaya saing tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi, budaya, bangsa, agama, dan mempunyai daya berdikari yang tinggi dalam menghadapi cabaran hidup. Lawatan tersebut diketuai oleh Mr. Sam William yang merupakan Ketua Operasi TDoEIAF serta diiringi oleh Ms. Sue Walker, Pengarah Asia-Pasifik TDoEIAF. Para delegasi TDoEIAF telah diberi peluang dan dibawa melawat ke bengkel-bengkel dimana para delegasi dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana peserta-peserta ARP melalui proses-proses pembangunan kemahiran, kompetensi, dalam penghayatan fasa-fasa pemulihan, pengembangan bakat, pembentukan sikap yang progresif dan proaktif kearah transformasi kendiri yang disasarkan. Para delegasi kemudiannya dibawa ke Dewan Seroja setelah selesai sesi lawatan bagi mendengar taklimat ringkas yang disampaikan oleh En. Salleh bin Mohd Nor, Pegawai Psikologi SHGTM berkenaan latarbelakang Sekolah Henry Gurney, aktiviti-aktiviti dan program-program pembangunan yang telah dilaksanakan, serta pencapaian-pencapaian para peserta yang berjaya diperolehi dan diakhiri dengan sebuah tayangan montaj khas ARP SHGTM. Seramai 38 penghuni menerima pengiktirafan anugerah Gangsa, dan 3 penghuni menerima anugerah Perak. Pihak SHGTM mensasarkan untuk melahirkan penerima-penerima bagi pengiktirafan Anugerah Emas pada tahun 2018. Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan berstatus antarabangsa yang dianugerah oleh The Duke of Edinburgh?s International Award Foundation, England.
""