Pada 24 November 2017 (Jumaat) satu latihan simulasi kejadian kebakaran telah diadakan peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kamunting, Perak. Simulasi kebakaran bermula pada jam 0915 pagi dengan siren kecemasan yang panjang dibunyi selama 5 minit. Kakitangan dan banduan yang berada di dalam bangunan kawasan penjara diarahkan keluar menuju ke tempat berkumpul di Fire Assambly Point A bagi kakitangan yang berada di kawasan pejabat dan Fire Assambly Point B untuk anggota dan banduan di kawasan penempatan banduan. Satu demontrasi pemadaman api telah dilakukan di dalam kawasan blok Fajar penempatan banduan dengan disertai oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, dan juga pegawai awam. Pegawai Bomba yang dijemput juga turut membuat pemantauan sebelum dan selepas latihan simulasi dijalankan. Latihan simulasi kebakaran berakhir pada jam 11.00 pagi.
""