Pada 2 Mei 2017 ( Selasa ) , Unit Pemulihan Penjara Bentong dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) Daerah Bentong telah mengadakan Program Anti Dadah Peringkat Penghuni Penjara Bentong bagi Tahun 2017. Program telah disempurnakan oleh 2 orang pegawai dari AADK Daerah Bentong. Turut hadir dalam program tersebut ialah TPP Mohamad Hasnor Abd Hamid serta TPP Mohamad Zulfikre Ismail. Seramai 252 orang penghuni dari kategori Dadah hadir dalam program tersebut. Ceramah bertajuk JAUHI DADAH telah di sampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Bentong. Program diakhiri dengan gimik penyerahan replika dadah oleh penghuni kepada pegawai AADK dan Timbalan Penguasa Penjara untuk dimusnahkan.
""