28/04/2017, Penjara Wanita Kota Kinabalu- Program ?Teamwork Empowering Diversity? dibawah unit Pengurusan Psikologi dan dibantu oleh unit PPI dan unit agama dapat berjalan dengan lancar di perkarangan ?Family Hall? penjara ini. Tujuan utama program ini adalah memberi ruang kepada pegawai untuk beriadah sesama sendiri sekaligus memupuk semangat kerja berpasukan dikalangan pegawai. Semangat berpasukan dikalangan individu pelbagai personaliti mampu menjana satu pasukan yang sangat kuat jika kepelbagaian ini dapat diterima dan mewujudkan suasana yang kerja yang kondusif. Pengisian program juga diselitkan maklumat-maklumat berkaitan stress serta pengetahuan kerja sebagai pegawai penjara. Program ini juga diserikan lagi dengan ucapan penutupan daripada TPP Maria Philip Kulip, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Penjara Wanita Kota Kinabalu.
""