Pada 02.05.2017 (Selasa), Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan seramai 10 pegawai dari Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh, Selangor. Lawatan tersebut telah disambut oleh PP Muhammad Kamal bin Samsudin yang mewakili Pengarah Penjara Sungai Udang dan seterusnya menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan fungsi Pejabat Rekod. Tujuan lawatan yang terdiri dari Unit Inovasi Dan Kreatif (KIK) adalah untuk melihat dan mempelajari kaedah serta cara penyimpanan barang, dokumen penyimpanan dan cara pengurusan barang penghuni. Peserta lawatan telah dibawa ke Pejabat Rekod Penjara Sungai Udang, Melaka untuk melihat cara pengurusan tersebut.
""