Pada 26 dan 27 April 2017 (Rabu dan Khamis), Unit Agama, Seksyen Pemulihan dan Rawatan, Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menganjurkan Kem Peribadi Muslim 2017 Peringkat Penghuni bagi tahun 2017. Kem ini telah berlangsung di Pusat Koreksional Jasin (Sekolah Henry Gurney Jasin) selama 2 hari 1 malam. Penghuni yang terlibat seramai 100 orang penghuni dan seramai 5 orang fasilitator daripada JAZIM Motivation Group yang telah dilantik oleh JAIM untuk mengendalikan kem ini. Antara pengisian kem ini ialah amali solat yang sempurna, wudhuk serta tayammum yang sempurna, solat secara berjemaah dan acara kemuncaknya penghuni berpeluang untuk berqiamullail secara berjemaah yang dikelola oleh fasilitator JAZIM. Kem ini telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Y.Bhg Ustaz Huzailan Bin Hamzah dan Yang Berusaha Penguasa Penjara Mohd Rothman Bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin yang turut hadir bagi memeriahkan kem ini.
""