Pada 26 April 2017 (Rabu) bermula jam 5.00 petang bertempat di Zon Perdana dan semua Blok Pangsapuri telah diadakan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Institusi Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. Program pada kali ini telah mengumpulkan seluruh kakitangan dan warga institusi ini bagi bersama-sama menyertai dan menyumbang tenaga untuk merealisasikan kehidupan sejahtera dan kesihatan yang berterusan serta menyahut seruan pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
""