KAMUNTING,26 April 2017 (Rabu) bersamaan 29 Rejab 1438, Unit Agama dengan kerjasama Unit Pemulihan Pusat Koreksional Kamunting telah menganjurkan satu program bersempena memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Program itu dilaksanakan sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting bagi tahun 2017 Masihi bersamaan 1438 Hijri. Program yang bertemakan ? Rahsia Terindah ? ini dianjurkan berbentuk ilmiah bertujuan untuk memberi kefahaman yang jelas dan betul kepada banduan mengenai satu peristiwa yang besar dalam lipatan sejarah umat Islam iaitu Peristiwa Israk dan Mikraj. Penceramah jemputan ialah Ustaz Suhrawardi Bin Saidin Pegawai Hal Ehwal Islam dari Penjara Pokok Sena. Seramai 190 orang banduan telah hadir untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada 3 blok iaitu Blok Fajar, Blok Lestari dan Blok Kekal. Program bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Ia turut dihadiri oleh Ketua Inspektor Penjara Azmen Bin Ibrahim mewakili Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, dan Ketua Unit Pemulihan KIP Mohd Nazree bin Abd Malik sebagai Dif-Dif Kehormat di dalam program ini. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderamata kepada penceramah jemputan dan jamuan ringan kepada banduan.
""