Pada 02 hingga 04 Mei 2017 telah berlangsung Program Hijrah Kasih kali Ke-6 bagi tahun 2017 Sekolah Integriti Kajang (SIK) bertempat di Bahagian Rawatan Pemulihan Dadah (RPD). Program Hijrah Kasih 6 merupakan program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Jabatan Penjara Malaysia yang disertai oleh 80 penghuni SIK dikendalikan oleh 15 fasilitator dan 7 pegawai pendidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis Perasmian Penutupan Program Hijrah Kasih 6 telah disempurnakan oleh Puan Hajah Kamariah Binti Isa,Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia yang turut dihadiri oleh TKP Tuan Haji Darussalam Bin Haji Budin, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan PKK Tuan Mat Rasid Bin Jahlil yang mewakili Pengarah Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
""