Pada 2 Mei 2017 (Selasa) International Mind Education Institute telah mengadakan Program Ceramah Minda kepada 80 orang penghuni Unit Akademik. Seramai 9 delegasi dari Korea Selatan ini telah disambut oleh PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas serta para pegawai kanan. Program ini diadakan bertujuan menimbulkan rasa keinsafan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah. Program dikendalikan oleh Dr. Kim Ki Sung, Pengarah IMEI Korea , Pucheon, Korea Selatan dan En. Seo Jae Hyo, Pengarah PPMM di Malaysia, manakala penterjemah dikendalikan oleh Cikgu Ganasen a/l K.Tavarajan dan En. Salleh Bin Mohd Nor.
""