Pada 03&04 Mei 2017, PPP Ke Mahkota Kluang Johor telah mengadakan Kursus Bebola Ikan dan Nugget anjuran bersama Jabatan Pertanian Daerah Kluang, Johor. Kursus ini melibatkan seramai 20 ODS dan 3 anggota. Melalui kursus seperti ini, peserta dapat mengetahui cara penghasilan produk makanan yang berasaskan ikan serta dapat membuka minda peserta untuk menambah pendapatan sampingan yang dihasilkan dari rumah. Kursus dikendalikan oleh Pn Satimah binti Salam dari Jabatan Pertanian Daerah Kluang, Johor.
""