Pada 04 Mei 2017 Pusat Koreksional Kamunting, Taiping Perak telah menerima lawatan rasmi daripada Yang Berbahagia Komisioner Jenaral Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar bagi tujuan lawatan ke Tempat Tahanan Khas Kawasan Penempatan Tahanan POTA. Turut bersama Komisioner Haji Nordin bin Haji Muhamad, Timbalan Komisioner Ariffin bin Mohd Noor, Timbalan Komisioner Shukri bin Saad, Penolong Kanan Komisioner Norwati binti Mat Isa, Penolong Kanan Komisioner Charin Promwichit a/l Cheng, dan Penolong Komisioner Nik Robidin bin Ab. Rahman. Selain daripada Blok Penempatan Tahanan, lawatan juga turut ke Pejabat Rekod Tahanan, Pejabat Unit Agama, Tempat Perjumpaan Keluarga Tahanan, Mini Market PK Kamunting, dan Kelab Golf PK Kamunting.
""