| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan (EKSA) Pusat Koreksional Kamunting Ke Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (Jupem) Negeri Perlis

Pada 04 Mei 2017 Pusat Koreksional Kamunting, Taiping Perak telah mengadakan Lawatan EKSA ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Perlis anjuran Unit Latihan Institusi. Seramai 8 pegawai dan kakitangan awam hadir untuk sesi lawatan ini. Lawatan disambut dengan tangan terbuka oleh Pihak JUPEM diwakili oleh Tuan Haji Sulaiman, Encik Idris, dan Puan Rafidah. JUPEM Perlis yang telah diaudit oleh Pihak MAMPU dan disenaraikan sebagai kategori cemerlang dijadikan contoh oleh PK Kamunting yang ke arah Pensijilan EKSA. Banyak pengetahuan yang diperolehi sepanjang lawatan tersebut. Tujuan utama lawatan adalah untuk persediaan institusi ini dipersijilkan oleh Pihak MAMPU. KIP Mohd Amran bin Ibrahim selaku wakil PK Kamunting menyerahkan cenderahati kenang-kenangan sempena lawatan ini.


""