Pada 11 Mei 2017 (Khamis) bersamaan 14 Sya?ban 1438H, Unit Agama Islam telah mengadakan Program Sambutan Israk Mikraj dan Ambang Ramadhan di Surau At-Taqwa, Penjara Kajang. Seramai 236 orang penghuni telah terlibat dan program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada penghuni tentang tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang muslim dan persediaan yang perlu untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Bin Makhtar, Pensyarah Darul Quran / JAKIM. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Ketua Unit Agama, pemulihan dan pegawai kanan
""