09 Mei 2017 (Selasa) : Lembaga Parol III telah mengadakan Sesi Penilaian Bagi Pelepasan Banduan Secara Perintah Parol di Penjara Dusun Dato? Murad. Ketibaan Pengerusi Lembaga Parol III Y.A Puan Joennily @ Siti Badariah Binti Mohd Yusof dan Ahli Lembaga yang lain disambut oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Sesi penilaian bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Selesai sesi penilaian, Ahli Lembaga Parol telah dibawa untuk melawat ke sekitar kawasan agro, sesi penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar.
""