Pada 12 Mei 2017 Pengisytiharan kebenaran Solat Jumaat Surau An-Nur Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan oleh Yang Berbahagia Sohibus Samahah Dato? Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.Hadir bersama Majlis ini, Penolong Kanan Komisioner Hafidz Bin Othman Pengarah Penjara Negeri Sembilan, Kolonel Muhamad Saodi Bin Hj Kasim Pengarah Operasi Dan Pembangunan Insan (KAGAT), Kolonel Haji Che Manan Bin Saat Pegawai Memerintah Garison Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan,Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas,Pegawai Pemerintah unit-unit Kem Syed Sirajuddin Gemas,Pegawai-pegawai Jabatan Penjara Malaysia,Pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia serta 310 Orang Diselia (ODS).Bacaan Khutbah Solat Jumaat telah disampaikan oleh Kolonel Muhamad Saodi Bin Hj Kasim Pengarah Operasi Dan Pembangunan Insan (KAGAT).
""