17 Mei 2017 (Rabu) - Sukaneka banduan peringkat institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu 2017 telah berlangsung dengan meriah ditambah oleh kehadiran Lembaga Hakim Pelawat dan Persatuan Budhha Sabah. Majlis turut diserikan lagi dengan ucapan Perasmian Penutupan oleh PKP Lim Kim Mooi selaku Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Program ini melibatkan 298 orang banduan yang mana objektif utama program ini adalah membina keyakinan diri, keterampilan jaringan sosial yang sihat serta membuka ruang kepada banduan untuk mengaplikasikan gaya hidup sihat sejajar dengan slogan program ini ? Badan Sihat, Minda Cerdas ?.
""