Pada 09 Mei 2017 ( Selasa ) telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Ibu Peringkat Penjara Wanita Kajang bertempat di perkarangan Pejabat Vokasional dan Industri. Program ini merupakan kerjasama antara Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan Jabatan Penjara Malaysia yang melibatkan seramai 14 penghuni serta ahli keluarga. Majlis disempurnakan oleh Mantan Pengarah Penjara Wanita Kajang Pertama Puan Hamidah Bt Hj Haron. Program turut dihadiri Puan 2 Wakil MCPF .Objektif program diadakan adalah memberi keyakinan dan kekuatan kepada banduan untuk kembali kepada masyarakat melalui sokongan daripada keluarga dengan pengisian aktiviti bersama keluarga iaitu pertandingan menghias kek dan persembahan daripada penghuni.
""