Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Jejak Prisma Siri II pada 17 Mei 2017 (Rabu) bertempat di Blok Damai, Pusat Koreksional Jasin. Program ini diketuai Oleh Ketua Unit Pengurusan Psikologi, En. Muhammad Shaharuddin bin Nuji dan buat julung kalinya program ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah D11, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Beruang,(IPK) Melaka.
Seramai 200 orang penghuni terdiri dari pelbagai kaum telah dipilih untuk menyertai program ini. Program Jejak Prisma Siri II merupakan program yang berkonsepkan kesedaran dan pemulihan mengenai Jenayah Seksual dalam kalangan remaja. Di antara pengisian program adalah ceramah kesedaran Jenayah Seksual dalam kalangan remaja oleh penceramah jemputan iaitu ASP Maya Maizura binti Yahya, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah D11, dan Puan Mimi Yuhannis binti Mohamed Rina, Pegawai Psikologi, IPK Melaka.
Turut hadir bersama bagi merasmikan program tersebut adalah PKP Arzaee bin Abdullah, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rothman bin Bujang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan TPP Aswari bin Che Ibrahim, Ketua Unit Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberikan penerangan, pendedahan serta pengetahuan kepada penghuni mengenai perlakuan yang boleh ditakrifkan sebagai jenayah seksual. Selain itu, penganjuran program ini membantu penghuni Pusat Koreksional Jasin bagi memahami mengenai akta-akta dan bentuk hukuman bagi kesalahan jenayah seksual. Program ini juga memainkan peranan yang besar dalam memberi kesedaran, pemulihan dan pencegahan kepada penghuni yang terlibat dengan kesalahan jenayah seksual di usia remaja.
"" Seramai 200 orang penghuni terdiri dari pelbagai kaum telah dipilih untuk menyertai program ini. Program Jejak Prisma Siri II merupakan program yang berkonsepkan kesedaran dan pemulihan mengenai Jenayah Seksual dalam kalangan remaja. Di antara pengisian program adalah ceramah kesedaran Jenayah Seksual dalam kalangan remaja oleh penceramah jemputan iaitu ASP Maya Maizura binti Yahya, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah D11, dan Puan Mimi Yuhannis binti Mohamed Rina, Pegawai Psikologi, IPK Melaka.