Pada 12 - 14 Mei 2017 bertempat di Sejati Superbowl, Sungai Petani Kedah telah diadakan Kejohanan Tenpin Bowling Berpasukan Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2017 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia dan dikelolakan oleh Penjara Sungai Petani.
Sebanyak empat belas (14) kontinjen dari seluruh Malaysia telah berentap untuk menjadi yang terbaik di antara terbaik.
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional). Turut hadir di majlis perasmian penutupan kejohanan adalah TKP Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Kedah; PKP Ong Chiang a/l Ong Boon Yeiu, Pengarah Penjara Sungai Petani; TKP Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Pembangunan Profesionalisme merangkap Pegawai Sukan Jabatan, Pengarah-pengarah institusi dan wakil daripada Majlis Sukan Penjara Malaysia.
Sepanjang berlangsungnya kejohanan, antara acara yang dipertandingkan adalah acara Dua (2) Sepasukan Lelaki dan Wanita, acara Tiga (3) Sepasukan Lelaki dan Wanita, Empat (4) Sepasukan Lelaki dan acara Pengurus. Pada hari terakhir kejohanan, telah diadakan acara Master Lelaki dan Wanita serta acara VIP. Johan keseluruhan bagi pasukan Lelaki telah dimenangi oleh kontinjen Selangor ?A? dengan jatuhan pin 9649, manakala bagi pasukan Pulau Pinang dengan jatuhan pin sebanyak 4541 pin. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kontinjen yang mengambil bahagian.
"" Sebanyak empat belas (14) kontinjen dari seluruh Malaysia telah berentap untuk menjadi yang terbaik di antara terbaik.