Pada 19 Mei 2017- Bertempat di Dewan Bestari Penjara Pusat Kota Kinabalu, telah berlangsung Majlis penyampaian hadiah pertandingan ping pong dan raja lawak peringkat Penghuni Penjara pusat kota kinabalu. Objektif program ini adalah mengurangkan tekanan dikalangan penghuni melalui penglibatan mereka mengikuti program pemulihan dengan lebih berkesan, melatih penghuni untuk lebih berketerampilan serta berupaya dalam melontarkan idea-idea yang bernas, menjalinkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta mencungkil bakat terpendam penghuni. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PP Kalbin Haji Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""