Pada 18 Mei 2017 bertempat di Dewan Penghuni, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pinang telah diadakan Program Deradikalisasi Banduan Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 kepada penghuni yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Hj. Zamihan bin Hj. Mat Zin daripada Bahagian Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Program turut dihadiri oleh PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bersama- sama KIP Mohd Juhaimi bin Jusoh daripada Bahagian Agama, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan barisan pegawai-pegawai kanan institusi. Seramai 150 orang penghuni telah mengambil bahagian di dalam program ini.
""