Pada 17 Mei 2017 Unit Pemulihan Penjara Reman Pulau Pinang telah menganjurkan Karnival Sukan Peringkat Penghuni. Objektif karnival ini diadakan ialah bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta menyemai gaya hidup sihat dikalangan penghuni. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Bola Sepak, Ping Pong, Carrom, Sepak Takraw dan Bola Keranjang. Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah adalah merupakan kemuncak karnival dan telah berlangsung pada 19 Mei 2017 (Jumaat) dihadiri oleh Penguasa Penjara Mohd Suhairi Bin Awang Timbalan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang.
""