Pada 25 Mei 2017 (Khamis) jam 2.30 petang, Sesi Dialog Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak telah diadakan bertempat di Auditorium Sri Sarawak. Sesi Dialog telah dipengerusikan oleh YDH TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, PP Bolkiah bin Srah, Ketua Bahagian Keselamatan & Inteligen serta seramai 40 orang pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Pengarah Penjara Negeri Sarawak juga telah menyempurnakan penyerahan Baju Korporat Jabatan Penjara Malaysia, penyampaian Hadiah Pertandingan Badminton sempena Sambutan Hari Jabatan Penjara ke 227 Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak Tahun 2017 dan penyampaian sumbangan daripada Kelab Sosial kepada pegawai dan kakitangan.
""