| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Kawad Kaki Fasa I (Orientasi) Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

Pada 25 Mei 2017 (Khamis) - Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Pertandingan Kawad Kaki bagi penghuni yang sedang menjalani program Fasa I (Orientasi) yang melibatkan 112 orang penghuni. Pertandingan kawad ini dinilai berdasarkan kepada 4 kategori iaitu pakaian, kerjasama, disiplin dan kreativiti pasukan. Majlis Penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh PP Kalbin Hj Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan pegawai-pegawai pemulihan. Johan keseluruhan dirangkul oleh pasukan Cemerlang 2, naib johan Cemerlang 4, tempat ketiga ialah Cemerlang 3 dan tempat keempat Cemerlang 1. Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama, membentuk disiplin, sikap dan akhlak yang positif di kalangan penghuni dalam proses pemulihan penghuni itu sendiri.


""