24/05/2017 (Rabu), Unit Pemulihan Penjara Tawau telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Ibu Peringkat Penghuni Penjara Tawau. Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Tawau, PP Kamarul Zaman Bin Ali Zaman. Antara tetamu jemputan yang hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Geoffrey Yee Lung Fook (Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Daerah Tawau, MCPF), Tn. Abd. Gani Zelika (Pengerusi Hakim Pelawat Tawau) dan En. Eric Lee (Pengerusi Prison Fellowship Tawau). Program Jalinan Kasih melibatkan seramai 09 banduan lelaki dan 03 banduanita serta 40 orang ahli keluarga. Majlis diserikan dengan persembahan tarian tradisi, busking, puisi dan majlis memotong kek sempena hari ibu.
""