| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Ibu Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

Pada 23 Mei 2017 (Selasa),  bertempat di Dewan Bistari, Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu dengan kerjasama Unit Kebajikan Penjara, Unit Psikologi dan Pejabat Rekod telah mengadakan program Jalinan Kasih sempena Pesta Kaamatan dan Hari Ibu. Seramai 17 orang penghuni terpilih  menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh 66 orang ahli keluarga terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak penghuni. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran PP Kalbin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu dan pegawai-pegawai kanan. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan, menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.
""