Pada 21 Mei 2017 (Ahad) Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Program Mini Jamboree Sempena Hari Penjara ke 227 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting. Seramai 270 penyertaan diterima dari pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan serta orang persendirian. Program bermula pada jam 0745 pagi iaitu pelepasan para peserta kayuhan yang disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PKP Ranjit Singh a/l Gurdev Singh. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mempromosikan Pusat Koreksional Kamunting yang dahulunya dikenali sebagai Tempat Tahanan Perlindungan. Program ini berlangsung dengan jayanya dan kesemua peserta kayuhan memberikan respon yang positif kepada pihak Institusi dan mencadangkan supaya program ini diadakan di masa akan datang sebagai acara tahunan. Timbalan Pengarah, PP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin turut meluangkan masa menghadiri program dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Di akhir program turut diadakan acara cabutan bertuah berupa basikal sebagai kemuncak pengakhiran program.
""