Pada 18 Mei 2017 (Khamis), Jawatankuasa Induk Penjara Kajang telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Mahkamah Syariah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Seramai 15 orang terdiri daripada pegawai dan anggota diketuai oleh PKK Rosoman bin Abu Bakar @ Che Din, Timbalan Pengarah Penjara Kajang. Rombongan ke Mahkamah Syariah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang telah disambut oleh Penasihat EKSA Mahkamah Syariah Pulau Pinang iaitu YAA Dato? Haji Abdul Walid Bin Abu Hassan serta Jawatankuasa Induk EKSA Mahkamah Syariah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
""