Pada 13 Mei 2017 bertempat di Kawasan Latihan Kem Kemuyang Sibu, Unit Latihan Dan Unit Kawalan Dan Pencegahan (UKP) telah menganjurkan Aktiviti Jalan Lasak Penjara Pusat Sibu. Objektif aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama serta menyemai gaya hidup sihat di kalangan pegawai. Aktiviti yang melibatkan hampir seramai 50 orang kakitangan ini turut disertai oleh PKP Bismillah Bin Abang Masra, Pengarah Penjara Pusat Sibu.
""