25 Mei 2017 (Khamis) : Bertempat di Dewan Kelab Sukan, telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad diantara PKP Nor Haizan Bin Md Isa dan PKP Zamzuri Bin Ghani. Majlis Serah Terima Tugas tersebut disaksikan oleh TKP Abdul Aziz Bin Mohamad selaku Pengarah Penjara Negeri Melaka. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Melaka. Aturcara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, perarakan masuk Tongkat Kuasa, menandatangani dokumen Serah Terima Tugas, ucapan oleh PKP Nor Haizan Bin Md Isa selaku mantan Pengarah Penjara Dusun Dato Murad dan juga ucapan oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad yang baru.
""