Pada 24 Mei 2017 (Rabu), Penjara Pusat Sibu telah menerima kunjungan rasmi daripada pegawai-pegawai Kedutaan Thailand Kuala Lumpur. Seramai 5 orang pegawai dari Kedutaan Thailand telah hadir ke Penjara Pusat Sibu diketuai oleh Miss Sirintra Chantapan (Deputy Chief of Mission). Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berjumpa dengan banduan/tahanan warganegara Thailand yang berada di Penjara Pusat Sibu di samping perjumpaan bersama dengan pengurusan tertinggi Penjara Pusat Sibu.
""